Kerjaya antarabangsa Benjamin Pavard

Pada 6 November 2017, Pavard dipilih oleh ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Wales dan Jerman.[19] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis ketika menentang Wales pada 10 November selepas menggantikan Christophe Jallet pada separuh masa. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-0 berpihak kepada Perancis.[20]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah dipanggil untuk menjadi anggota skuad Perancis yang akan beraksi di Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[21] Pada 16 Jun, Pavard melakukan penampilan pertamanya di pentas Piala Dunia ketika menentang Australia dan Perancis menang 2-1.[22] Pada 30 Jun, Pavard menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama dengan jaringan dari luar kotak penalti ketika menewaskan Argentina pada pusingan 16 terakhir.[23] Jaringan beliau kemudiannya diundi sebagai jaringan terbaik kejohanan[24] dan dinobatkan sebagai jaringan terbaik tahunan.[25] Beliau juga menjadi pemain pertahanan Perancis pertama yang menjaringkan gol di Piala Dunia semenjak Lilian Thuram yang menjaringkan gol ketika menentang Croatia pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018.[26] Pavard akhirnya memenangi Piala Dunia dengan beraksi sebagai kesebelasan utama Perancis dalam setiap perlawanan kecuali pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan iaitu ketika menentang Denmark.[27]

Rujukan

WikiPedia: Benjamin Pavard http://www.businessinsider.com/benjamin-pavard-goa... http://www.espnfc.com/player/215378/benjamin-pavar... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.vfb.de/en/vfb/latest/news/professionals... http://www.vfb.de/en/vfb/latest/newsarchive/2016/3... https://sports.abs-cbn.com/football/news/2017/05/2... https://www.bbc.com/sport/football/44754965 https://www.bundesliga.com/en/bundesliga/news/unio... https://www.bundesliga.com/en/news/Bundesliga/benj... https://www.bundesliga.com/en/news/Bundesliga/benj...